Evolusi Landak laut

Sejarah fosil

Cidaridae menggunakan duri-duri tebalnya (radiola) untuk berjalan di dasar laut yang lembut.

Fosil ekinoida (seakan landak laut) yang paling awal berasal dari akhir tempoh Ordovisi (sekitar 450 juta tahun dahulu).[37] Terdapat catatan fosil yang lumayan, yang mana testanya diperbuat daripada plat-plat kalsit yang terpelihara dalam batuan dari berzaman-zaman sejak itu.[38] Duri terdapat dalam beberapa spesimen yang terpelihara dengan baik, tetapi biasanya hanya testa yang tersisa. Duri terpencil adalah perkara biasa seperti fosil. Beberapa spesimen Cidaroida dari zaman-zaman Jurasik dan Batu Kapur mempunyai duri-duri berbentuk belantan yang sangat berat.[39]

Sebilangan besar fosil ekinoida dari era Paleozoikum tidak lengkap, terdiri daripada duri terpencil dan sekumpulan piring kecil yang tersebar dari individu yang dihancurkan, kebanyakannya di batuan zaman Devon dan Karboniferus. Batu kapur air cetek dari zaman Ordovisi dan Silures di Estonia terkenal dengan ekinoida.[40] Makhluk ekinoida paleozoik ini mungkin mendiami perairan yang agak tenang. Kerana testanya yang sangat tipis, ia pasti tidak akan bertahan di perairan pesisir ombak yang dihuni oleh banyak echinoid moden.[40] Ekinoida tergugat sehingga hampir pupus pada akhir era Paleozoik, dengan hanya enam spesies yang diketahui dari zaman Perm. Hanya dua keturunan yang selamat dari kepupusan besar-besaran kala ini dan memasuki zaman Trias: genus Miocidaris yang menurunkan cidaroida (landak kalam) moden, dan leluhur yang menurunkan euechinoida (bentuk landak laut sempurna). Menjelang akhir Trias, bilangan mereka meningkat kembali. Cidaroida telah berubah sedikit sejak akhir Trias, dan merupakan satu-satunya kumpulan ekinoida Paleozoik yang bertahan.[40]

Euechinoida dipelbagaikan ke dalam garis keturunan baru dalam zaman Jura dan Batu Kapur, dan dari situlah munculnya ekinoida luar tertib yang pertama (iaitu rumpun Atelostomata) pada awal Jura.[41]

Sesetengah ekinoida seperti Micraster yang dijumpai dari mendapan kapur zaman Batu Kapur dijadikan fosil indeks. Jumlahnya yang banyak dan evolusi yang pesat memungkinkan ahli geologi untuk mentarikhkan batu-batu di sekitarnya.[42]

Pada zaman Paleogen dan Neogen (sekitar 66 hingga 1.8 juta tahun dahulu), munculnya deduit laut (Clypeasteroida) muncul. Testanya yang rata dengan duri-durinya yang halus sesuai dengan kehidupan di atas atau bawah pasir longgar di perairan cetek, dan fosilnya banyak terdapat di batu kapur dan batu pasir Eropah selatan.[40]

Filogeni

Luaran

Ekinoida merupakan haiwan deuterostomia, sama seperti kordata. Analisis 2014 terhadap 219 gen dari semua kelas Echinoderma menghasilkan salasilah filogenetik yang berikut.[43] Tarikh anggaran percabangan kumpulan besar ditunjukkan dalam bilangan juta tahun yang lalu (jtd).

Bilateria
Xenacoelomorpha
Nephrozoa
Deuterostomia
Chordata dan sekutu
Echinodermata
Echinozoa
Holothuroidea
Gamat
Echinoidea
c. 450 jtd
Asterozoa
Ophiuroidea
Tapak sulaiman rapuh
Asteroidea
Tapak sulaiman
Crinoidea
Telepuk laut
c. 500 jtd
>540 jtd
Protostomia
Ecdysozoa
Spiralia
610 jtd
650 jtd

Dalaman

Filogeni landak laut adalah seperti berikut:[44][45]

Echinoidea
Cidaroida
Euechinoidea
Echinothurioida
Acroechinoidea
Diadematoida
Irregularia
Pedinoida
Salenioida
Echinacea
Stomopneustidae
Arbaciidae
Camarodonta
Parasaleniidae
Temnopleuridae
Trigonocidaridae
Echinoida
Echinidae
Parechinidae
Toxopneustidae
Echinometridae
Strongylocentrotidae
450 jtd

Rujukan

WikiPedia: Landak laut http://www.smh.com.au/articles/2004/11/08/10997813... http://www.dfo-mpo.gc.ca/species-especes/species/s... http://echinoblog.blogspot.com/2008/04/holding-on-... http://www.bonappetit.com/people/article/californi... http://www.gizmag.com/carbon-capture-calcium-carbo... http://www.livescience.com/animals/091228-sea-urch... http://emedicine.medscape.com/article/770053-overv... http://www.smithsonianmag.com/science-nature/rise-... http://www.american.edu/TED/urchin.htm http://www.exploratorium.edu/imaging-station/resea...